Sejarah penubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) PDK Nur Iman ini adalah untuk membantu kanak-kanak istimewa untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran kehidupan harian agar mereka dapat berdikari dengan lebih baik pada masa hadapan. Pada mulanya PDK ini ditubuhkan hanya untuk memberi ruang kepada anak-anak Tentera sahaja. Bagaimanapun, kemudiannya ianya dibuka kepada kanak-kanak istimewa dari luar (orang awam).
Pada awal tahun 2007, PDK Nur Iman telah ditubuhkan pada 17 Jan 2007 dengan kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Pada peringkat permulaan penubuhan PDK Nur Iman, sebuah rumah keluarga Pegawai Tentera telah dijadikan Pusat Kegiatan Latihan PDK ini. Rumah tersebut beralamat di Jalan Tabrouk, Sikamat 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Ianya telah dirasmikan oleh Brig Jen Dato' Abdul Aziz bin Ibrahim yang mana pada ketika itu beliau ialah Panglima 1 Briged.
Seterusnya, hasil dari ihsan Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal, Panglima Angkatan Tentera sempena lawatan pertama beliau ke PDK dan Majlis Penyerahan Bas PDK pada 17 Jun 2009 beliau telah memberikan sebuah rumah keluarga. Rumah tersebut telah diubahsuai menjadi PDK yang baru supaya lebih selesa dan sesuai dengan pelatih OKU mengikut pelbagai kategori.

boleh tak saya tau sekarang PDK Nur Iman ni masih beroperasi ke? anak saya autism, dan kalau boleh saya nak hantar terapi bawah kelolaan kerajaan.
ReplyDelete