Monday, March 1, 2010

Aktiviti Tahun 2009




AKTIVITI  BULAN DISEMBER
Sambutan Hari Jadi Pelatih OKU dan Hari Raya Haji telah dilaksanakan pada 15 Disember 2009 di PDK Nur Iman. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Hj Mizan bin Hj Maulud, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan En Ahmad Tajuddin bin Jamaluddin, Pegawai Kebajikan Daerah Seremban.
  
Pengerusi PDK menyampaikan cenderahati kepada Pengarah JKM NS  
 
Upacara pemotongan kek sempena sambutan hari jadi OKU bersama Pengerusi PDK dan Pengarah JKM NS    
AKTIVITI BULAN NOVEMBER
Aktiviti Kesihatan iaitu cara penjagaan dan pembersihan gigi bagi pelatih PDK telah dilaksanakan pada 6 November 2009. Pihak PDK Nur Iman berbesar hati menerima lawatan Pusat Kesihatan Pergigian Seremban buat kali kedua untuk memeriksa dan memberi pendedahan tentang penjagaan gigi.  
Pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian Seremban dan pembelajaran pembersihan gigi dengan cara yang betul    
AKTIVITI BULAN SEPTEMBER
Satu latihan Vokasional membuat kuih raya telah diadakan pada 7 hingga 16 September 2009. Latihan ini diadakan pada bulan Ramadhan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Seramai 15 orang terlibat dalam aktiviti ini yang terdiri Ibu bapa serta petugas.
Kanak-kanak OKU sedang belajar membuat kuih bersama Penyelia dan Petugas  
AKTIVITI BULAN OGOS
Lawatan Sambil Belajar ke Melaka seramai 45 orang yang terdiri daripada pelatih OKU, Ibu bapa, AJK PDK, Petugas bersama-sama Pengerusi. Tempat-tempat menarik yang dilawati adalah Taman- Taman Rama, ZOO Melaka, Muzium Lebah, Taman Mini Malaysia dan Bandar Hilir.
Sambutan Bulan Ramadhan yang dilaksanakan pada 19 Ogos 2009 bagi menerima Bulan Ramadhan yang bakal tiba bersama Pengerusi, Petugas, Ibu Bapa dan pelatih PDK.
Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustazah Solekha bt Ibrahim    
AKTIVITI BULAN JULAI
            Pemeriksaan Pergigian buat kali pertama bagi tahun 2009 pada 24 Julai 2009 telah dilaksanakan di PDK Nur Iman. Pusat Kesihatan Pergigian Seremban telah hadir untuk memeriksa gigi pelatih PDK.  
Kanak-kanak OKU sedang belajar cara meggosaok gigi yang betul      
Pemeriksaan gigi oleh jururawat dr Klinik Pergigian Seremban AKTIVITI BULAN JUN
Acara penyerahan Bas PDK oleh MK ATM yang telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal, Panglima Angkatan Tentera dan isteri YBhg Puan Sri Hjh Rositah bte Md Mawi pada 17 Jun 2009. Penyerahan bas ini adalah bagi memudahkan pergerakan pelatih OKU membuat aktiviti luar kerana bas tersebut  dilengkapi dan diubahsuai khas untuk kegunaan mereka. Acara ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat dan Isteri, Panglima Medan Tentera Darat dan Isteri, Pegawai-pegawai Kanan dan Isteri.   
Aktiviti bergambar bersama PAT dan Isteri, Pegawai Kanan TD, Penaung, Pengerusi, AJK, dan Petugas di hadapan bas PDK    
Panglima Angkatan Tentera dan isteri sedang melihat salah seorang pelatih OKU yang terlantar sambil memberi sumbangan     AKTIVITI BULAN MAC
Lawatan Datin Noor Akmar bte Yaacob, Pengerusi BAKAT 3 Divisyen ke PDK Nur Iman pada 10 Mac 2009. Lawatan ini merupakan Lawatan Ulung Datin untuk melihat keadaan dan pengurusan PDK Nur Iman yang juga merupakan PDK di bawah Naungan  3 Div.
 
Penyampaian Cenderahati oleh Lechumy A/P Chinathamby, salah seorang Pelatih PDK kepada Pengerusi BAKAT 3 Divisyen dan diiringi oleh Pengerusi PDK
 
 
Pelatih OKU sedang mewarna batik yang telah siap dicanting bersama dengan Ibu Bapa mereka
 
YBhg Datin Noor Akmar bte Yaacob dan Datin Karmina bte A. Kadir sedang mewarnakan batik yang telah siap dicanting oleh Pelatih PDK    
 
Upacara menanam pokok Bucita yang telah disempurnakan oleh YBhg Datin Noor Akmar bte Yaacob sempena lawatan beliau
  
Lawatan En. Ara Matfusumi dari FAMAT Jepun pada 13 March 2009 ke PDK Nur Iman bersama Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan wakil Taman Sinar Harapan bagi melihat, mengajar dan mendedahkan teknik rawatan DOSHA-HOU ke atas pelatih PDK kategori Cerebral Palsy kepada Petugas dan Ibu Bapa.  
 
Aktiviti bergambar bersama Penaung, Pengerusi, AJK, Wakil JKM NS, Wakil Taman Sinar Harapan, Ibu bapa, Petugas dan Pelatih PDK di bilik fisioterapi.

No comments:

Post a Comment